Melawat Ke Taman Rama-rama
Tanggal 8 Ogos 2006, murid-murid pra SK Ganun, ibu bapa murid diiringi guru pra dan pembantu telah mengadakan lawatan ke Taman Rama-rama di Air Keroh.
Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas sekolah.Empat puluh minit kemudian, kami pun tiba. Kegembiraan jelas terbayang di wajah masing-masing terutamanya murid-murid.
Di sana kami dapat melihat berbagai jenis rama-rama beraneka warna. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa jenis binatang reptilia seperti ular dan kura-kura.
Hampir satu jam berada di sana, kami pun pulang semula ke sekolah.
No comments:
Post a Comment